04 February 2013

Ambrin dilantik semula Ketua Audit Negara



Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Ambrin Buang sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun lagi mulai 23 Feb ini.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah untuk tempoh sehingga 22 Feb 2015.

Beliau berkata pelantikan semula itu adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Pelantikan semula itu adalah memandangkan perkhidmatan Ambrin sebagai Ketua Audit Negara masih diperlukan, katanya.
Ambrin dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun mulai 23 Feb 2006 dan seterusnya perkhidmatan beliau disambung sehingga pelantikan semula yang baharu ini. – Bernama