
Seorang remaja bersenjatakan parang mati ditembak polis dalam cubaan merompak sebuah pasararaya 24 jam. — Gambar AFP
Beliau berkata ketika kejadian, seorang daripada mereka mengugut juruwang pasar raya itu dengan meletakkan parang di leher mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ringan.
“Apabila kedua-dua suspek menyedari kehadiran polis, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran palsu,” kata Khairi ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya, seorang daripada suspek terkena tembakan yang dilepaskan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.
Mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. — Bernama
Tahniah buat pihak polis.