10 December 2012

Bekas Sarjan rugi RM1.46 juta

ANGGOTA polis menjalankan siasatan 
di rumah seorang ahli perniagaan yang dipecah masuk 
di Kuching pada 1 Disember lalu.

KUCHING – Kegembiraan seorang lelaki bercuti di Jakarta, Indonesia terbantut apabila dia mendapati wang sebanyak RM1.46 juta yang disimpan di dalam almari rumah teresnya di Taman Malihah, Matang di sini lesap semalam.

Ahli perniagaan merangkap kontraktor berusia 55 tahun tersebut menyedari kejadian itu sebaik tiba di rumahnya pada pukul 12.45 tengah malam.
Difahamkan, mangsa merupakan bekas anggota polis bantuan berpangkat Sarjan di Malaysia Airports Berhad (MAB) di sini.

Mangsa mendakwa wang itu disimpan di dalam beg dan ia merupakan wang yang dikumpul daripada keluarga besarnya sebelum berangkat ke Jakarta.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa terus membuat laporan polis selepas mendapati pintu bilik utamanya terdapat kesan pecah masuk dan wang yang disimpan di dalam almari lesap. - Kosmo

Duit RM1 juta simpan dalam almari?