ANGGOTA polis memeriksa kenderaan kastam (belakang, kanan) yang dilanggar lori dan kenderaan tonto di Johor Bahru semalam. |
Bagaimanapun, pegawai kastam terbabit berjaya menyelamatkan diri apabila melepaskan tembakan amaran ke arah penjenayah terbabit.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Superintendan Nor Azizan Anan, dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, pegawai Kastam terbabit yang sedang bertugas menaiki kenderaan penyamaran bertindak memintas sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Bandar Datuk Onn di sini.
“Ia dilakukan selepas kenderaan berat tersebut diekori dari Pusat Pemeriksaan Kastam Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Puteri selepas dipercayai membawa barangan larangan.
“Tindakan pegawai Kastam itu menyebabkan beberapa kenderaan pacuan empat roda mengekori mereka lalu menghimpit kereta penguat kuasa,” katanya kepada Kosmo! semalam. - Kosmo
Jika bersungguh, tubuh pasukan khas buru tonto tersebut.