kelab umno |
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Para pemimpin Kelab
UMNO Luar Negara diminta memainkan peranan sebagai penggempur siber bagi
menghadapi perang siber oleh pihak pembangkang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan
berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal dan belajar di luar negara, mereka
mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan pihak pembangkang di alam
maya.
"Oleh sebab itu hari ini saya nak
umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi UMNO,"
katanya pada pertemuan dengan wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara, di Pusat
Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah
negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri Perhimpunan Agung
UMNO di sini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Pengerusi
Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara (AKULN) menggesa ahli-ahli Kelab UMNO agar
menyertai pertubuhan itu selepas mereka menamatkan pengajian dan pulang ke
tanah air.
Katanya, ini membolehkan ahli-ahli berkenaan
meneruskan kesinambungan perjuangan mereka sebelum mereka menyertai mana-mana
cawangan dan bahagian UMNO. - UTUSAN
Berilah 'elaun siber tinggi' baru semangat nak berjuang lawan PR. Tak kan free sahaja nak gadai ke'intelektualan'an.