09 November 2012

Nurul pusing 180 darjah

Siti Zabedah Kasim
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Seorang ahli Majlis Peguam kecewa apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar tidak mempertahankan kenyataan beliau bahawa hak kebebasan beragama perlu diguna pakai sama rata termasuk orang Melayu.

Menurut Siti Zabedah Kasim yang dipetik dari laman portal Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sepatutnya mempertahankan kenyataannya berhubung kebebasan beragama itu dan bukan ‘memusing’ 180 darjah.

‘‘Tiada apa yang salah mengenainya, beliau mengatakan kebenaran. Saya menjangka ‘hoo-ha’ selepas itu. Tetapi sebagai seorang ahli politik, anda hanya perlu berpegang kepada kebenaran.
‘‘Saya percaya Nurul Izzah cuba menarik perhatian orang ramai, dia tidak memikirkan tentang kesannya," katanya kepada laman portal tersebut. - Utusan

MAIS patut siasat Zabedah dan Utusan.