01 November 2012

Nazri: Anak saya bukan isteri, tak perlu beritahu apa dia lakukan

nazri
KUALA LUMPUR, 1 Nov — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.

Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.

"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.

"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri (gambar) kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.

Nazri merespon terhadap pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia. - TMI

Ramai bapa bukan menteri dan anak mereka tidak berpeluang menggunakan kereta Chia.