24 November 2012

Najib: Perubahan boleh berlaku dengan kerajaan sama

najib
KUALA LUMPUR, 24 Nov — Perubahan boleh berlaku dengan kerajaan sama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk berubah, kata Najib, yang juga pengerusi gabungan 13 parti itu.

“... BN bukan parti yang tidak fleksibel. Kami bersedia untuk berubah.
“Perubahan boleh berlaku di negara kita dan kita telah buktikan bahawa tidak semestinya kita menukar kerajaan, kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan sama,” kata Najib dalam ucapannya di perhimpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Najib juga membayangkan kerajaan mungkin memberi lebih banyak pemberian wang tunai kepada rakyat jika negara diurus dengan baik.

Beliau bercakap tentang bantuan kewangan kerajaan kepada kelas pekerja dan bahagian lain masyarakat, seperti memberi tayar kepada pemandu teksi dan pemberian wang tunai kepada perseorangan di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, sebelum membayangkan bahawa lebih banyak pemberian mungkin diberikan.

“Boleh lagi. Kita (boleh) bagi lebih pada masa akan datang dengan syarat negara kita diurus dengan baik.
“Dan semua ini kita mampu untuk melakukannya kerana dalam tempoh empat tahun lalu, kita telah buktikan bahawa ini bukanlah satu janji kosong ...” kata Najib. - TMI

Perubahan pada kulit sahaja tapi isi tetap sama. Terimalah kenyataan wahai Najib dan UmnoBN bahawa anda semua tidak boleh selama-lamanya berada di atas. Bersikap amanahlah semasa berpeluang di atas seperti sekarang ini.