PBS |
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya akan menetapkan tarikh perjumpaan dalam masa seminggu ke dua minggu akan datang untuk pegawai-pegawai kanan kementerian berjumpa dengan wakil NUTP.
"Kita ada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran, kita boleh letakbeberapa wakil dari kementerian. Saya hanya akan terima laporan selepas perbincangan itu selesai.
"Ini biasa kita buat. Sebelum ini pun bila ada cadangan ia akan dikemukakan oleh kesatuan, peringkat kementerian memang akan bincang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran NUTP di sini, Sabtu.
Muhyiddin berkata tuntutan yang sesuai dilaksanakan akan dikemukakan kepadaJabatan Perkhidmatan Awam dan sekiranya melibatkan implikasi kewangan, ia akandibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.
Presiden NUTP Hashim Adnan pada perhimpunan itu mengemukakan sembilan tuntutan melibatkan penambahbaikan profesion perguruan termasuk aspek pengurusan, pentadbiran, gaji dan peluang kenaikan pangkat.
Mengenai cadangan penambahbaikan PBS, Muhyiddin berkata beliau sememangnyamenjangkakan perkara itu berdasarkan maklum balas yang diterima kementerian apabila sistem itu dilaksanakan.
Katanya kementerian akan meneliti perkara itu termasuk aspek teknikal yangmenyebabkan sistem itu dianggap sebagai 'beban' kepada guru.
Melalui PBS, murid sekolah akan ditaksir guru secara berterusan dalam prosespengajaran dan pembelajaran dan tidak bergantung kepada keputusan peperiksaanawam semata-mata.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kementerian sentiasa mengamalkan sikapterbuka dan tidak pernah mengetepikan sebarang pandangan atau tuntutan yangdibuat mana-mana pihak.
Ditanya sama ada perkara yang dibangkitkan NUTP akan ditambah ke dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Muhyiddin berkata: "Kalau tidak terlewat dan boleh dibuat jika perlu."
Terdahulu, dalam amanatnya pada perhimpunan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin masalah-masalah berkaitan PBS akan dapat diatasi bagi membolehkan sistem itu dilaksanakan sebaik mungkin.
"Bermakna kita dapat beralih kepada satu sistem di mana pencapaian pelajar dapat dinilai atas keupayaan mereka di peringkat sekolah dengan dipandu Lembaga Peperiksaan agar bentuk soalan yang digunakan adalah selaras.
"Saya kira ini dapat mengubah corak sistem pendidikan kita agar menumpukan kepada pencapaian daripada hanya keputusan peperiksaan awam," katanya. - BERNAMA
1 kelas sampai 40 murid. Tak membawa kita menjadi negara maju.