Ibu kepada enam cahaya mata ini dan suaminya terpaksa berlapar bagi membolehkan anak-anak mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
"Ia juga pernah berlangsung selama dua minggu di mana kami tidak punya wang yang cukup untuk membeli makanan asasi seperti beras," katanya dalam satu temubual di rumahnya di Pangsapuri Razak, Jalan Besi yang hanya mempunyai sebuah bilik tidur.
Siti Nor Aisah,34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, berkata hanya dia seorang yang menanggung keluarganya dengan pendapatan RM1,200 sebulan.
"Sewa rumah sahaja RM400 sebulan. Selebihnya saya beli barang dapur dan keperluan lain," katanya.
Dia mendakwa suaminya menderita penyakit buasir yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja secara tetap.
Siti Aisah perlu bekerja bermula pukul 7 pagi hingga 7 malam, lima daripada anaknya dijaga oleh ibu mertuanya, sementara anak sulungnya, 14 tahun dijaga oleh ayahnya.
"Fizikalnya cacat. Lengannya cacat. Ketika sekolah rendah, dia terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat namun sejak dua tahun lalu ia telah dihentikan. Saya tidak tahu apa puncanya," kata Siti Nor Aisah.
Sementara itu, ibu mertuanya, Siti Rubiah Abdul Razak,59, yang tinggal bersebelahan dengan rumah Siti Nor Aisah berkatam cucu-cucunya akan pergi ke rumah jiran untuk mengutip kotak, tin dan botol untuk dijual bagi mendapatkan wang.
"Mereka akan berikan kepada saya duit yang mereka dapat dan meminta saya membelikan sayur-sayuran untuk mereka," katanya sambil menambah pendapatan harian yang diperolehi sekitar RM3 hingga RM5.
Seorang jiran mereka, George Fernandez, yang menghubungi The Star bagi menyiarkan kepayahan yang ditanggung keluarga malang ini berkata dia sangat bersimpati terhadap nasib mereka.
"Mereka sangat lapar pada hari-hari tertentu, kadang-kadang anak-anak itu terpaksa datang ke rumah saya meminta makanan," katanya.- Mstar
Mana duit zakat?