01 October 2012

Suspek tembak 2 polis, mati ditembak

KU Chin Wah (kanan) bersama
dua anggotanya menunjukkan pistol
yang dirampas dari seorang penjenayah
 yang ditembak mati pada sidang
akhbar di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polis hari ini menembak mati seorang daripada beberapa suspek yang dipercayai terlibat menembak dua anggota polis peronda di Jalan Kuchai Lama di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 32 tahun cuba meloloskan diri apabila kereta Proton Waja dipandunya ditahan untuk pemeriksaan berhampiran Pusat Beli-belah Mid Valley.

Suspek yang menaiki kereta itu seorang diri enggan berhenti sebaliknya memecut sebelum dikejar anggota pasukan itu sehingga terbabas di kawasan letak kenderaan Desa Water Park.

Lelaki tersebut kemudian melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan anggota polis membalas sehingga suspek terbunuh. - Utusan