15 October 2012

Kerajaan akan pastikan tarif elektrik tak membebankan

tenaga
Walaupun bekalan elektrik dimonopoli Tenaga Nasional Berhad (TNB), kerajaan akan melaksanakan dasar-dasar khas untuk memastikan tarif elektrik tidak terlalu tinggi dan membebankan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Datuk Noriah Kasnon berkata, kerajaan mempunyai kaedah dan cara tersendiri untuk memastikan tarif elektrik sentiasa terkawal dan tidak membebankan pengguna.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) mengenai kenaikan tarif elektrik oleh TNB sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Noriah berkata, kerajaan juga mula membuka penjanaan kuasa kepada pasaran bebas melalui pengeluar tenaga bebas (IPP). - Malaysiakini

Ramai rakyat akan sokong jika PR mahu turunkan tarif elektrik.