20 October 2012

Heng tuduh Nik Aziz benarkan rogol non-Muslim

Heng Seai Kie
Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan. - Malaysiakini

Semakin biadap.