Lebih jelas lagi, katanya, sikap Anwar yang tidak menegur Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham juga memperlihatkan Anwar bersikap berhati-hati dalam menjaga hubungannya dengan Pakatan Rakyat (PR) berbanding agama.
Menurutnya, sebagai orang Islam dan juga ketua bagi parti-parti pembangkang, Anwar sepatutnya mengambil peranan terhadap isu yang melibatkan sensitiviti agama itu.
“Kenapa Anwar tidak boleh lantang dalam isu ini atau menegur Ngeh Koo Ham. Saya tengok Anwar bukan lagi pejuang Islam. Keadaan ini berbeza dengan dahulu ketika dia menerajui kepimpinan Abim dan menjadi pejuang kepada gerakan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Jelasnya, beliau tidak bermaksud supaya Anwar menimbulkan kekecohan sebaliknya mempertikaikan sikap Anwar yang tidak menonjolkan diri dalam isu-isu seperti ini yang jelas menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Beliau tidak menolak, sikap berhati-hati yang ditunjukkan Anwar itu berkemungkinan menguatkan lagi dakwaan pihak tertentu sebelum ini bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Yahudi.
“Kita tengok beliau tidak berapa marah terhadap Amerika, di samping mengambil jalan selamat untuk menjaga hubungannya dengan PR untuk ke Putrajaya. Sepatutnya dalam kes ini, beliau perlu menjadi pemimpin utama yang bergerak ke arah itu,” katanya.
Menyentuh perkara sama, Muhammad Ramli turut memuji sikap Umno dan Pas yang mampu bersama-sama berjuang dalam isu terbabit.
Secara tidak langsung katanya, kedua-dua parti yang dianggotai majoriti Melayu dan Islam itu masih mempunyai ruang untuk bersatu atas platform agama.
Menurutnya, sikap yang ditunjukkan itu turut membuktikan Umno dan Pas berupaya mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan Islam.
“Alhamdulillah, kita nampak kesedaran ada untuk berjuang bersama baik Pas atau Umno walaupun mereka bergaduh atas tiket politik tetapi disebabkan kepentingan agama, mereka tidak meletakkan politik di depan,” katanya. - SH
Lepas Anwar beri kenyataan tuduh pula dia tidak ikhlas.