Tiada kes yang disembunyikan untuk mengelak berlaku skandal, kata
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merujuk kepada
siasatan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull berkata panel tersebut bertindak secara telus.
“Saya
ingin menjawab dakwaan yang dibuat oleh bekas pengarah urusan Ho Hup.
Saya ingin jelaskan bahawa siasatan SPRM adalah telus dan dibuat secara
profesional tanpa mengira siapa yang disiasat.
"Semua kes
dibentangkan di hadapan Panel Penilaian Operasi yang adil dan bebas,"
katanya yang meminta individu berkenaan supaya mengemukakan bukti
sekiranya terdapat pegawai SPRM yang mahu menutup kes berkenaan.
Panel Penilaian Operasi itu dipengerusikan oleh bekas ketua audit negara Tan Sri Hadenan Abdul Jalil.
Penjelasan Shukri dalam SMS kepada Malaysiakini itu
timbul ekoran dakwaan oleh pengarah urusan Ho Hup Construction Bhd Low
Tuck Choy semalam bahawa SPRM hanya berminat untuk menutup kes berkenaan
kerana pegawai yang tiba ke premis syarikat pembinaan itu bertanya
mengenai sumber maklumat yang dibocorkan.
Low sebelum ini
mendakwa bahawa dokumen yang mengaitkan dakwaan rasuah dan
penyalahgunaan kuasa ke atas Abdul Gani adalah tulen dan beliau serta
syarikat itu mengetahui identiti individu yang menandatangani baucer
bayaran dan cek syarikat untuk membayar RM18,000 untuk penambahbaikan
didakwa untuk banglo Abdul Gani di Seremban.
AbdulGani telah
menafikan bahawa beliau memiliki hartanah di Seremban, di mana laporan
blog sebelum ini mendakwa ia dimiliki oleh isteri kedua Abdul Gani. - Mkini
* Tapi rakyat nampak sebaliknya...
