| Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
13 August 2012
Shila Amzah Kini Mula Berhijab
Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi popular, Shila Amzah yang kini telah mengenakan hijab bermula 1 Ramadan lalu.
Bermula sekadar suka-suka, segalanya berubah selepas 15 hari melalui 'tempoh percubaan' dan kini berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.
"Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.
"Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.
"Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah," katanya yang dihubungi oleh mStar Online.
Keputusannya ini nyata disambut dengan rasa gembira oleh kekasih hatinya, Sharnaaz Ahmad.
Walaupun tampil dengan imej yang lebih sopan, Shila menyatakan akan tetap meneruskan karier seninya seperti biasa dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan. - SH
