01 August 2012

NGO desak JAIS bertindak pada politik di masjid

Sekumpulan aktivis NGO hari ini berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.
Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

NONE"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Kumpulan 40 orang itu menegaskan, hanya pihak yang mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor boleh memberikan ucapan di tempat ibadat itu.

Aktivis terlibat daripada Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta NGO pro-Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (Jati) Selangor. - Mkini

* Baguslah pemimpin bertemu dengan rakyat dan cuba melihat keadaan rakyatnya. Ada yang mengatakan Selangor ini lubuk maksiat jadi perlulah pemimpin meninjau untuk melihat kebenaran dakwaan itu. Nampaknya setelah mengunjungi surau-surau keadaan tidak seperti yang didakwa. (pinjam kata-kata Khalid Samad)...