Wakil rakyat PKR Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan dakwaan beliau
mendera secara mental dan menghalau isterinya Halimah Mohd Sahat
daripada rumah, seperti disebarkan di blog, bohong semata-mata.
Ahli Parlimen Kuala Langat itu berkata, dakwaan sama yang dibuat isterinya melalui laporan polis juga tidak benar.
"Mana
ada. Semua itu bohong. Di bulan Ramadan ini saya nak katakan, semua
yang ada dalam blog itu, laporan polis yang dia (Halimah) buat bohong.
"Dia
kata keluar rumah sehelai sepinggang. Mana ada. Bohong. Dia juga ada
sebuah rumah apartmen di Desa Pandan yang telah diubah suai. Perabot
juga telah siap dibeli. Setiap bulan pun saya beri dia duit nafkah,"
katanya kepada Malaysiakini.
Abdullah (kanan), bekas pemimpin kesatuan sekerja itu bagaimanapun memberitahu mereka dalam proses penceraian dengan isteri pertamanya itu.
Sebuah blog anti-Pakatan Rakyat dikenali sebagai Sel13.com pada
31 Julai lalu mendakwa Abdullah menghalau Halimah setelah beristeri
muda dengan seorang mak andam yang juga aktivis Wanita PKR Hulu Langat.
Blog
itu juga memetik Halimah sebagai mendakwa menjadi mangsa penderaan
mental, termasuk gangguan daripada isteri kedua yang sering mengganggu
supaya menerima madu.
Menurut Sel13.com lagi, Halimah (kanan)
mendakwa pernah ditengking dan tidak dibenarkan masuk ke rumah bagi
mengambil barang dan dokumen peribadinya selepas pulang daripada
kampung.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini,
Abdullah menjelaskan, perselisihan dalam keluarganya sebenarnya berlaku
apabila Halimah enggan bermadu dan "tidak suka" pada ibunya.
"Ibu
saya sakit angin ahmar. Jadi sebagai anak lelaki saya ambil dan jaga
dia. Tapi isteri saya tak suka dan suruh saya halau ibu saya.
"Kalau
diberi pilihan siapa saya perlu halau, saya akan pilih dia (Halimah).
Isteri kita boleh cari tapi ibu tak boleh," katanya. - Mkini
* Isteri muda mahukah jaga ibu yang sakit itu? Kasihilah isteri yang tua kerana jasanya sangat banyak...