SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad
menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun
Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang
lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang
lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama
22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka.
Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan
disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Kajian Merdeka Center bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri
yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.
Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan
memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti
komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun
selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di
Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu
MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga
menyebabkan perikatan itu lemah.
Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.
"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dngan
perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau
dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi. - SH
* Pembalasan yang akan Umno terima adalah kerana kezaliman sendiri...
