13 August 2012

Lebih 10,00 orang hadir, bukti rakyat pedalaman Sabah sokong BN

KIMANIS, 12 Ogos — Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bongawan Datuk Karim Bujang berkata kehadiran lebih 10,000 orang ke majlis berbuka puasa rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) di SMK Bongawan II, dekat sini, semalam menunjukkan majoriti rakyat pedalaman bawah menyokongBarisan Nasional (BN).

Beliau berkata tindakan dua Anggota Parlimen BN negeri yang menyokong pakatan pembangkang tidak menjejaskan sama sekali aliran sokongan rakyat terhadap BN terutama di pedalaman bawah yang merangkumi kawasan Parlimen Beaufort, Kimanis dan Sipitang.
- Gambar fail
“Saya melihat rakyat di sini (pedalaman bawah) menyokong kuat Barisan Nasional kerana mereka tahu hanya BN sahaja yang boleh membela nasib mereka. 

“Selain itu, mereka semakin yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri yang banyak melakukan pembaharuan termasuk program transformasi kerajaan yang
membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata rakyat pedalaman bawah turut menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang berjaya meletakkan kedudukan kewangan negeri pada landasan yang betul.

Sehubungan itu, Karim meminta rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pemimpin pembangkang yang cuba memesongkan pemikiran rakyat dengan pelbagai isu demi kepentingan politik.
Majlis berbuka puasa semalam turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Musa, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. — Bernama

* Datang sokong atau datang hendak makan.