14 August 2012

Jet pejuang kerajaan terhempas di timur Syria


BEIRUT 14 Ogos - Sebuah jet pejuang Syria terhempas di timur negara itu kelmarin beberapa jam selepas pemberontak mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah pesawat di kawasan sama.

Rangkaian berita rasmi Syria TV melaporkan, pesawat itu terhempas ekoran masalah teknikal semasa ‘misi latihan biasa’.

Agensi berita negara itu, SANA pula melaporkan, juruterbang pesawat berkenaan terselamat dan operasi mencari kini sedang dijalankan. - REUTERS