22 August 2012

Hudud: Mufti tegur pendirian Karpal

mufti kedah

SHAH ALAM - Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.
Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.
“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.
“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya. - SH

* Alahai Tok Mufti, MCA tentang hudud juga mengapa Karpal sahaja yang ditegur. Umno perintah Malaysia lama dah, hudud masih tak laksana kenapa tak marah.