BEIJING - Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video
penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton
China, Lin Dan.
"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa
tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap
peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam
laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang
bersamaan dengan Twitter.
Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web
yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan
selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam
perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena
Wembley.
Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.
Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee
mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya
seperti seorang peminat biasa.
"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.- Bernama
* Chong Wei 'tunduk' semacam...
