![]() |
| Pemain badminton negara Lee Chong Wei bersama pingat perak selepas kecundang kepada pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley. |
MUAR - Datuk Lee Chong Wei akan disambut sebagai wira negara
sekembalinya beliau ke tanah air pagi esok walaupun gagal meraih pingat
emas dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik semalam.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata Chong Wei
telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi ketika bertarung
menentang musuh ketatnya, Lin Dan.
"Dia menunjukkan kesungguhan dalam usaha memenangi pingat emas di temasya terunggul itu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan antara kedua-dua jaguh dunia itu di kediaman beliau di Seri Menanti di sini semalam.
Katanya semua pihak harus akur dalam sukan ada pihak yang menang dan ada yang kalah.
Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan keputusan 21-15, 10-21 dan 19-21.
Razali mengucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya menyumbang pingat perak untuk Malaysia. - Bernama
* Kalau di negara maju mereka akan menanjung pemain yang berjaya sahaja supaya lain kali mereka mahu terus berjaya. Tapi kalau tewas pun disanjung, esok tewas lagilah...
