MELAKA, 26 Julai — Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kebudayaan dan Warisan Melaka Datuk Latif Tamby Chik kerugian kira-kira
RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga lelaki, Selasa lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata ketika kejadian pada 11.45 malam itu di rumah Latif di Jalan Datuk Palembang Bukit Baru di sini, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Teluk Mas itu tiada di rumah kerana menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran manakala isterinya berada di rumah jiran.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki dipercayai rakyat tempatan berusia antara 20 dan 30-an itu menggunakan kenderaan mewah dan memakir kenderaan berkenaan di hadapan rumah mangsa sebelum memecah masuk rumah itu.
“Ketiga-tiga suspek masuk melalui tingkap di hadapan rumah dengan memecahkan jeriji sebelum menyelongkar rumah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata kehadiran ketiga-tiga lelaki terbabit disedari isteri mangsa yang ingin memasuki rumah itu.
Suspek melarikan diri bersama kenderaan mewah menggunakan nombor pendaftaran palsu, katanya.
Raja Shahrom berkata mangsa kehilangan beberapa barangan kemas, beberapa utas jam tangan berjemana selain wang tunai yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM200,000.
Beliau berkata kes pecah rumah itu merupakan yang ketiga berlaku sepanjang enam hari berpuasa dan dipercayai dilakukan kumpulan sama.
Kes pertama melibatkan rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long di Taman Sentosa di sini pada Isnin dan kes kedua melibatkan jiran Ahmad pada hari sama.
Sehubungan itu katanya polis Melaka menubuhkan unit khas anti pecah rumah bagi menjejaki anggota sindiket itu dan pihaknya menyeru orang ramai melaporkan kepala polis sekiranya melihat kenderaan mewah yang mencurigakan. — Bernama
* Cerah masa depan perompak dan penyamun di Malaysia. Mampu berkereta mewah...