SHAH ALAM, 10 Julai – Ronnie Liu hari ini menggesa Yang Dipertua
Majlis Daerah Kuala Selangor untuk membekukan peraturan baru di panggung
wayang yang memisahkan antara penonton lelaki dan wanita yang belum
berumah tangga.
Adun Pandamaran itu (gambar) dalam sidang media di
bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini juga menegaskan,
perkara itu tidak dibincangkan di sidang DUN, dan turut mendakwa MDKS
tidak merujuk kepada kerajaan negeri sebelum menguatkuasakan perkara
itu.
“Baru-baru ini dilaporkan MDKS mengadakan peraturan baru, di mana di
Kuala Selangor ada satu panggung wayang yang memisahkan kerusi pasangan
Islam yang belum berkahwin apabila masuk ke panggung wayang ... kerusi
mereka mesti diasingkan.
“Keputusan ini belum dibuat dan MDKS tidak buat rujukan kepada
negeri. Saya sendiri tidak diberi tahu perkara ini,” kata exco
Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan itu lagi.
Menurutnya lagi, kerajaan Selangor juga tidak pernah mengamalkan
“double standard” dan tiada sebab MDKS boleh mengadakan satu peraturan
baru yang berbeza daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.
Justeru, pihaknya telah mengarahkan peraturan tersebut untuk
dibincangkan semula dan membawa isu tersebut untuk dibincangkan dengan
lebih lanjut dalam mesyuarat lembaga penuh mereka.
“Peraturan di semua PBT adalah selaras dan MDKS perlu menangguhkan arahan itu.
“Ini bertentangan dengan laporan yang sedia di seluruh Selangor.
Selangor memang ada banyak panggung wayang tetapi tiada satu tempat yang
ada peraturan begini.
“Jadi, saya telah meminta YDP Kuala Selangor untuk menangguhkan
peraturan ini dan bawa isu ini balik kepada mesyuarat lembaga penuh MDKS
untuk perbincangan lanjut,” tambahnya.
Akhbar berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan panggung
wayang di Kuala Selangor yang cuba memperbaharui lesen operasi mereka
perlu menguatkuasakan peraturan pengasingan mengikut jantina.
Bagaimanapun, komuniti bukan Islam tidak termasuk dalam larangan tersebut. - TMI
* Laksana terus peraturan yang baik itu. Dalam masa yang sama adakan perbincangan di peringkat negeri...
No comments:
Post a Comment