TELUK INTAN 24 Julai - Hanya kerana marah ditegur
oleh ibunya disebabkan tidak berpuasa, seorang remaja berusia 19 tahun
tergamak mencekik, membelasah dan cuba menikam ibunya menggunakan pisau
pemotong buah kelapa sawit di Kampung Ladang Pagor, Chenderong Balai di
sini kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari apabila mangsa,
Nurfaridah Abdul Aziz, 42, menegur anak lelakinya itu kerana makan di
hadapan seorang lagi anaknya berusia 11 tahun yang berpuasa.
Berang dengan teguran itu, suspek yang juga anak sulung mangsa
bergegas ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong kelapa sawit lalu
menikam Nurfaridah tetapi wanita itu berjaya mengelak. - Utusan