RIYADH 29 Julai - Seorang lelaki Arab Saudi yang dipenjarakan hampir
tujuh tahun di Israel selepas dikatakan 'sesat di gurun Sinai',
akhirnya dibebaskan dan tiba di rumahnya di sini pada Khamis lalu.
Akhbar tempatan, Al-Watan melaporkan, Abdulrahman al-Atwi tiba di
Riyadh selepas berlepas dari Amerika Syarikat, di mana dia dipindahkan
dari Israel beberapa bulan lalu.
Pada 2005, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal berkata,
kerajaan negara itu mendesak pembebasan Abdulrahman yang dilapor
menyelusup masuk dari Jordan untuk menyerang kepentingan Israel. - AFP