Selepas kontroversi logo sambutan Hari Kebangsaan, Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim kini meminta pandangan
umum mengenai lagu tema sambutan tersebut.
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.
Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima
"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut.
Lagu
tersebut, yang liriknya ditulis oleh Rais sendiri, telah dikritik oleh
penulis lirik dan warga internet kerana tidak dapat membezakan antara
konsep kenegaraan dan dasar kerajaan.
Paling ramai mensasarkan lirik "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.
Lagu
ini juga mempunyai selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk
Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat
1Malaysia.
Beberapa pengguna telah memuat naik lagu dengan
liriknya ke YouTube, di mana satu yang dimuat naik pada 27 Julai meraih
lebih 170,000 kunjungan.
Bagaimanapun, 20,546 penonton klik "tidak suka" manakala hanya 297 klik "suka".
Melodi lagu itu dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6. - Mkini