31 July 2012

PKR cadang hapus beri AP, perkenal bidaan

PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015.
Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun.

PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi.

Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun.  - Mkini