KUALA LUMPUR 20 Julai - Peguam korporat
terkemuka, Datuk E. Sreesanthan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini
hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan urus niaga dalaman membabitkan
beratus-ratus ribu unit saham beberapa buah syarikat antara 2006 dan
2008.
Beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut yang
didakwa melibatkan saham-saham Sime Darby Bhd. (Sime Darby), Maxis
Corporation Bhd. (Maxis), UEM World Bhd. (UEM) dan VADS Bhd.
Sreesanthan, 52, yang berkhidmat sebagai peguam sejak 23 tahun lalu
menghadapi tiga pertuduhan memperoleh 75,000 unit saham Sime Darby
antara 9 Oktober 2006 dan 14 November 2006 ketika mempunyai maklumat
yang tidak boleh didapati secara umum untuk syarikat tujuan khas,
Synergy Drive Sdn. Bhd. - Utusan
