30 July 2012

OKT meninggal dunia dalam kandang tertuduh

Pihak polis membawa keluar jenazah Fazli Khamis dari bangunan mahkamah
AYER KEROH - Seorang lelaki yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan miliki dadah, tumbang lalu menemui ajalnya di dalam kandang tertuduh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini semalam.

Fazli Khamis, 28, yang ketika itu sedang menunggu kes beliau dibicarakan disahkan meninggalkan dunia oleh seorang pegawai perubatan kira-kira 3 petang.

Dia yang dikatakan kelihatan tenang semasa dibawa ke Mahkamah Majistret 1, bagaimanapun dikesan berbuih pada mulutnya sejurus sebelum tumbang.

Mangsa sepatutnya dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya kerana ditangkap memiliki dadah jenis heroin seberat 2.5 gram di kawasan Batu Berendam, 27 Julai lalu. - SH