KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi hari ini mengarahkan pembebasan 572 tahanan tentera, lapor agensi berita MENA.
Morsi, yang dipilih sebagai Presiden pertama selepas proses
pilihan raya umum bulan lalu mengeluarkan perintah pembebasan itu
selepas mereka dihukum mahkamah tentera.
Morsi juga mengarahkan satu jawatan kuasa untuk mengkaji semula semua
kes terhadap orang awam yang dibicarakan oleh mahkamah tentera sebelum
ini.
Semua 11,879 warga Mesir ditahan oleh tentera sejak pemberontakan
bagi menjatuhkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak, tahun lalu
dengan
9,714 sudah dibebaskan setakat ini. - AFP
