19 July 2012

Lapan maut serangan berani mati sasar pelancong Israel

BURGAS, Bulgaria 19 Julai - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam sebuah bas yang dinaiki pelancong Israel di lapangan terbang Bulgaria semalam.


Menteri Dalam Negeri, Tsvetan Tsvetanov berkata, mangsa yang terbunuh merupakan enam pelancong Israel, pemandu bas tersebut yang juga rakyat tempatan dan pengebom terbabit.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek membawa lesen memandu palsu dari Amerika Syarikat (AS).
Israel menuduh militan Hezbollah yang berpangkalan di Iran bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. - REUTERS