Jawatankuasa khas kabinet yang dibentuk untuk mengkaji isu air di
Selangor memutuskan bahawa terdapat perkara pokok dan prosedur yang
masih belum dipenuhi untuk membenarkan Selangor mengambil alih SYABAS,
katanya.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata keputusan akhir akan hanya dibuat selepas peguam negara
meneliti perkara itu.
Peguam negara telah diarahkan untuk
mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu pada petang ini, kata
Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam di Putrajaya
hari ini.
Antara yang masih berbangkit dalam isu pengambilalihan
SYABAS itu ialah kegagalan kerajaan negeri untuk membayar gantirugi
kepada pemegang konsesi berkenaan apabila tidak bersetuju menaikkan
tarif air berjadual.
Kataya, perkara itu masih tertangguh di mahkamah kerana SYABAS mengemukakan saman ke atas kerajaan Selangor.
Selangor
pada 2009 enggan membenarkan tarif air dinaikkan sekiranya SYAAS tidak
mengurangkan air tak terhasil (NRW) yang pada waktu ini melibatkan satu
pertiga daripada bekalannya.
Ditanya mengapakah Selangor tidak
dijemput hadir ke perbincangan hari ini, Muhyiddin berkata mesyuarat
hari ini adalah pertemuan peringkat persekutuan.
Katanya beberapa perkara akan melibatkan selangor tetapi perbincangan hari ini adalah dalam ruang lintup kuasa persekutuan. - Mkini
* Apa kata Selangor undi hari lain Pru13 nanti...
