PETALING JAYA 18 Julai - Seorang pengawal keselamatan berhadapan
detik-detik cemas awal pagi ini apabila diikat serta diugut bunuh oleh
sekumpulan penjenayah yang memecah masuk kediaman mewah milik
Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob di Kelana Jaya di sini.
Mustafa Md. Noor, 63, diikat kedua-dua tangan dan kaki dengan wayar
peti sejuk selain diacu untuk dibunuh dengan pemutar skru ketika
kediaman bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
itu dipecah masuk kira-kira pukul 5.40 pagi.
Menurut bekas anggota polis itu, tiga suspek dipercayai warga
Indonesia memecah masuk menerusi pintu belakang kediaman sebelum
menyerangnya yang ketika itu meronda bahagian hadapan rumah. - Utusan