13 July 2012

IGP arah selesaikan kes pasangan takut

Kecewa dengan laporan bahawa satu pasangan terpaksa tidur dalam kereta enam malam berturut-turut selepas diganggu dan dirompak di rumah pangsa mereka, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengarahkan anggotanya mengambil tindakan untuk menamatkan kesengsaraan mereka.

"Saya baca di The Malay Mail bahawa mereka terpaksa tidur dalam kereta mereka. Ini tidak baik. Saya telah minta Ketua OCPD menghubungi pasangan itu.

"Kami akan meningkatkan rondaan di kawasan itu dan mengambil lain-lain tindakan susulan," kata Ismail dalam sidang akhbar di Cheras hari ini.

Beliau berkata semua tindakan akan diambil untuk membantu pasangan tersebut sehingga kebimbangan dan keyakinan terhadap keselamatan mereka dapat ditangani. - Mkini

* Nak tunggu masuk surat khabar baru nak bertindak...

No comments:

Post a Comment