SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang
dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan
Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.
Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.
Ini
kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan
Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.
Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.
Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.
"Sehubungan
itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat
menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.
"Sekiranya
tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah
menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani
Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu. - Harakahdaily
* Sekolah lain cukup pula...
No comments:
Post a Comment