PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.
Pada
masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar
Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS,
sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun
perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya,
beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.
Bagaimanapun,
penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping
menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur
lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.
Harakahdaily
mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung
perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar
dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.
Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.
Kes
perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook
dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.
Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.
“Malah
beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji,
saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan
politik.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar,
mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga
sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke
suatu tempat yang suami tidak suka.
“Malah saya bimbang
kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar
aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana
tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.
Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.
“Dia
hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua
hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu
saya.
“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun
bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar
al-Quran,”ujarnya.
Sambungnya, perceraian itu turut mendapat
sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas
isterinya itu, Ustaz Che Hussin.
Akibat perselisihan faham
semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk
mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.
Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri),
yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum
mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che
Hasnah agar kembali pada Yahya.
“Bagaimanapun Che Hasnah enggan
dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu
kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut
hadir pada pertemuan itu. - Harakahdaily
No comments:
Post a Comment