Bekas ketua pegawai eksekutif Sime Darby Bhd Datuk Seri Ahmad Zubir
Mursyid hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua
tuduhan pecah amanah yang didakwa menyebabkan syarikat itu menanggung
kerugian lebih RM100 juta.
Ahmad Zubir didakwa mengikut Seksyen
409 Kanun Keseksaan kerana gagal menghalang dua syarikat daripada
memperoleh sebidang tanah yang diperuntukkan untuk kegunaan Sime Darby
di Sarawak.
Hakim Jagjit Singh menetapkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan satu penjamin untuk setiap tuduhan.
Pendakwaan
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebut bahawa Sime
Darby pada November 2008 telah memperoleh kebenaran untuk menggunakan
tanah tersebut untuk projek Sarawak Upstream Expansion Plan.
Dalam
kedua-dua keds berkenaan, Zubir didakwa mengetahui bahawa tanah
berkenaan dianugerahkan kepada Vertical Drive Sdn Bd dan Natural
Ambience Sdn Bhd dan gagal bertindak atau mengambil tindakan
undang-undang untuk menghalang perkara itu.
Sime Darby kemudianya
terpasa membayar RM85 juta dan RM16 juta untuk mengambil alih syarikat
Vertical Drive dan Natural Ambiece untuk mendapatkan kawalan ke atas
tanah tersebut.
Kes berkenaan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 2 Oktober.
Zubir diwakil K Kumarendran manakala pendakwaan diketuai timbalan pendakwa raya SPRM Anthony Kevin Morias.
Sime
Darby juga telah memulakan prosiding saman ke atas Zubir berhubung kes
berkenaan dan bekas CEO itu kemudiannya mengemukakan saman balas. - Mkini
No comments:
Post a Comment