DENVER 21 Julai - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 40
lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah
panggung wayang di sini semalam.
Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam
filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century
16.
Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan
letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung
cedera.
Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki
bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk
tempatan dan memetik FBI sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kaitan
dengan keganasan. - AFP
* Bukan dia lakukan keganasan...
