AMPANG - Tindakan seorang suami membawa pulang teman wanitanya ke rumah
ketika isteri dan anaknya pulang ke kampung membawa padah apabila dia dicekup
kerana disyaki berkhalwat.
Dalam operasi yang dijalankan penguat kuasa
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan bersama
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada jam 2 pagi itu, lelaki itu yang juga
kakitangan kerajaan
ditahan bersama pasangannya yang bukan beragama
Islam.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas
pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai seluar
pendek terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk
membuat pemeriksaan.
“Lelaki itu memberi alasan tinggal seorang diri di
rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita yang
berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di belakang pintu bilik,”
katanya.
Menurutnya, difahamkan lelaki itu tidak tinggal sebumbung dengan isterinya
sejak dua tahun lalu kerana isterinya bekerja di Kedah.
“Lelaki tersebut mengenali teman wanitanya yang berusia 34 tahun itu sejak
setahun lalu,” katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai
Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan, manakala pasangannya terpaksa
dibebaskan kerana bukan beragama Islam.
Dalam serbuan berasingan, seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi
tempatan tidak berpuas hati malah mempertikaikan serbuan Jais dan pegawai Masjid
Al Azim di kediamannya di Pandan Perdana.
Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun itu berang dan mempersoalkan berhubung
akta ketika disoal siasat oleh penguat kuasa.
“Pasangan berkenaan
berpakaian lengkap ketika ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah
untuk dibuat laporan,” katanya.
Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29,
Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000
atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. - SH
* Paling kuat denda RM3000. Berkesanlah sangat...
No comments:
Post a Comment