20 June 2012

'Saifuddin-Salahuddin winnable candidate'


Mohamad Abu Bakar mempengerusikan Debat Sinar
disertai Saifuddin Abdullah (kiri) dan Salahuddin Ayub malam tadi.
 SHAH ALAM - Moderator Debat Sinar, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar menggulung debat malam tadi dengan menyifatkan kedua-dua pendebat - Datuk Saifuddin Abdullah dan Salahuddin Ayub sebagai “winneable candidate” atau calon yang bakal menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Istilah itu diperkenalkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi PRU13.

Mohamad, pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya berkata, Debat Sinar merupakan satu perkembangan yang baik dalam arena politik negara ini.
"Keda-dua mereka ini winneable candidate' (dalam PRU13)," kata beliau di akhir Debat Sinar, yang berlangsung hampir 90 minit di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Saifuddin dan Salahuddin yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Naib Presiden Pas adalah wakil rakyat.
Saifuddin mewakili kawasan Parlimen Temerloh manakala Salahuddin pula Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Pada PRU13, Saifuddin dijangka kekal bertanding di Temerloh manakala Salahuddin akan berpindah ke Johor untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan kemungkinan bahagian Parlimen sekali.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata: “Kedua-dua pendebat malam ini mampu menjadi menteri yang baik dalam menerajui tampuk pemerintahan negara jika mereka menang dalam PRU akan datang.”

Beliau turut menambah yang tokoh pendebat jelas mampu berhadapan dengan rakyat dan berhujah dengan baik dalam debat yang diadakan ini.

Debat turut disiarkan secara langsung melalui Astro Awani saluran 501 dan Radio Bernama24 serta mobtv. - SH

No comments:

Post a Comment