27 June 2012

Raja Azmi, Jailani cerai?

KONFLIK rumah tangga Raja Azmi Raja Sulaiman, 53, dengan bekas jaguh beregu badminton negara, Jalani Sidek, 49, dikatakan meruncing apabila penerbit filem itu dipercayai memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
HIP difahamkan, Raja Azmi dan Jalani dijangka hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes tuntutan perceraian itu, kira-kira jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun, hingga malam tadi, usaha HIP mendapatkan pengesahan dari pasangan terbabit mengenai perkara itu, menemui jalan buntu. Sebelum ini, tiada desas-desus menyatakan rumah tangga Raja Azmi dan Jalani yang dibina sejak 30 tahun lalu itu, berdepan krisis.


Namun, kedua-dua mereka pernah dikaitkan dengan isu peribadi termasuk hubungan dengan individu lain.
Hasil perkahwinan Raja Azmi dan Jalani, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Puteri Suraya, 27; Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18. Mereka juga memiliki seorang cucu berusia setahun, Muhammad Akid Mohd Shadan.

Raja Azmi sebelum ini pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di bilik 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Serbuan dilakukan bekas isteri kedua Roslin, Norhayati Othman bersama dua adik, ibu serta Jalani pada jam 8.30 malam.

Bagaimanapun, dakwaan khalwat dikemukakan Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 18 Ogos 2010, tetapi selepas setahun proses siasatan berlangsung, mereka dibebaskan pada Ogos 2011.
Ketika itu, Raja Azmi mengadakan sidang media tergempar bagi menjelaskan situasi sebenar sekali gus membuktikan hubungannya dan Jalani masih kukuh. Jalani turut hadir memberikan sokongan kepada isterinya.
- BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment