![]() |
| TENGGELAM...topi keledar dipercayai digunakan dalam serangan terbabit. |
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh kes berkenaan dan motif kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara kumpulan samseng terbabit dengan beberapa pelajar sekolah itu.
“Setakat ini, maklumat yang kami terima hanya empat individu termasuk seorang guru cedera dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berhampiran dan kami masih menyiasat kejadian ini secara menyeluruh kerana membabitkan keselamatan pelajar.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan senjata berbahaya hingga menyebabkan kecederaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” katanya ketika dihubungi, semalam. - Mymetro

No comments:
Post a Comment