25 June 2012

Pemilik anjing sebabkan kematian pesara didenda RM2,000

PETALING JAYA - Tindakan cuai meninggalkan anjing peliharaan sehingga menyebabkan kematian seorang pesara, akauntan muda didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hakim Mohd Nazri Omran menjatuhkan hukuman itu terhadap Elaine Soon Sien Ling, 28, selepas menerima pengakuan salah wanita tersebut.

Sien Ling mengaku cuai membiarkan anjing peliharaannya sehingga mendatangkan bahaya ke atas Vip Sun Wah, 74, di hadapan rumahnya di Jalan SS 19/5B, Subang Jaya di sini, kira-kira jam 9 pagi, 8 Mei lalu.

Dia dihukum mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sien Ling ketika rayuan memberitahu mahkamah dia telah bertemu dengan keluarga si mati untuk meminta maaf atas kejadian itu.

Katanya, dia amat menyesal dengan apa yang berlaku dan mengakui sebelum ini anjing peliharaannya sihat dan sentiasa dikurung dalam kandang dan dikunci pagarnya.

Sien Ling menjelaskan pada mahkamah dia membela anjing tersebut kerana ibunya tinggal sendirian jika dia keluar bekerja dan rumahnya pernah dimasuki pencuri.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

Fakta kes menyebut anjing Sien Ling menyerang mangsa ketika warga emas itu sedang jogging di hadapan rumahnya.

Gigitan di leher menyebabkan mangsa tidak sedar diri dan jiran Sien Ling iaitu seorang doktor yang turut berada di situ mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian. - SH

* Nyawa manusia RM2000...

No comments:

Post a Comment