JELEBU - Pembangkang perlu membuktikan yang mereka bersedia mewujudkan program-program yang dapat membantu rakyat daripada hanya berceramah dan bercakap kosong.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, jika pembangkang terus melakukan pembohongan, mereka akan kehilangan sokongan dan pastinya mereka tidak mampu bersaing dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kalau mereka ingin bersaing dengan BN, mereka perlu wujudkan program membantu rakyat kerana kalau setakat memberi pendustaan atau menggunakan perkataan sinis, ia pasti dibenci rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan MCA Jelebu di sini semalam. - Kosmo
* 'Senang betul buat duit'...
No comments:
Post a Comment