21 June 2012

Lagi kesilapan kadar jenayah dari KDN?

Kadar sebenar jenayah di negeri Selangor menjadi pertikaian apabila Kementerian Dalam Negeri didakwa memberi tiga jumlah berbeza untuk tahun 2009.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membandingkan jawapan bertilis parlimen yang diterimanya pada 2010, dua hari lepas dan pembetulan terbaru Kementerian Dalam Negeri semalam.

NONEKatanya, dalam jawapan dua tahun lepas, sebanyak 54,443 kes direkodkan di Selangor pada 2009; jawapan bertulis dua hari lepas menyebut 56,689 kes; manakala penjelasan terkini menyatakan terdapat sebanyak 54,994 kes.

Dalam sidang media di lobi parlimen hari ini, Pua mempersoalkan sama ada angka itu disesuaikan dan kementerian patut memberikan angka secara terperinci mengikut jenis jenayah dan daerah seperti diminta.

"Jika mereka bangga kadar jenayah menurut sebanyak 20, 30 atau 40 peratus, mereka patut menyiarkannya tanpa teragak-agak," katanya.

KDN semalam menarik balik jawapan bertulis di parlimen kepada Pua berhubung kadar jenayah Selangor dengan alasan terdapat kesilapan taip selepas wakil rakyat DAP itu menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap peningkatan jenayah.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, pembetulan kenyataannya sudah dihantar ke Parlimen, yang menunjukkan kejatuhan indeks jenayah di Selangor dan seluruh negara dan jawapannya sebelum itu terbatal.

Data baru menunjukkan penurunan 19.4 peratus kadar jenayah di Selangor sejak 2009 dan 24.7 peratus di seluruh negara. GTP diumumkan pada Januari 2010. - Mkini

No comments:

Post a Comment