11 June 2012

Keluarga bimbang nasib Suzana

KUALA LUMPUR – Seorang ibu tunggal di sini runsing memikirkan nasib anak perempuannya, Suzana Azmi, 30, yang masih belum pulang ke Malaysia walaupun selepas dibebaskan dari penjara di Peru sejak tahun 2009.

Wanita itu bimbang jika Suzana yang pernah dipenjara pada tahun 2007 akibat diperdaya menjadi keldai dadah oleh satu sindiket kini berada dalam genggaman sindiket yang sama.
Norlianah Maarof, 52, berkata, kebimbangannya itu berasas kerana Suzana sebelum ini pernah memberitahu dia mahu pulang ke Malaysia tetapi bulan lepas dia memaklumkan yang dia menghadapi masalah untuk pulang ke tanah air.

“Tapi dia (Suzana) tak beritahu apa masalah yang dihadapinya membuatkan saya dan keluarga berasa bimbang dengan keadaannya pada waktu ini.
“Kali terakhir Suzana telefon minta sedikit wang dan saya hanya mampu kirim RM200 menggunakan alamat Av Nicolas De Periola, Lima, Peru,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam. - Kosmo

No comments:

Post a Comment