ISTANBUL - Sekumpulan anggota tentera Syria termasuk pegawai-pegawai
kanan, antaranya mereka yang berpangkat jeneral berpaling tadah ke
Turki.
Perkembangan itu muncul ketika hubungan diplomatik Syria dan Turki
berhadapan dengan ketegangan selepas Damsyik didakwa menembak jatuh jet
tentera Jumaat lalu.
Agensi berita Anadolu melaporkan bahawa 33 askar termasuk
seorang jeneral dan dua kolonel menyeberang sempadan Syria-Turki malam
tadi dan tiba di bumi Turki awal hari ini.
Mereka sebahagian daripada 224 orang yang meninggalkan Syria.
Syria menembak jatuh jet tentera Turki F-4 Jumaat lalu, sekali gus mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara.
Ekoran insiden menembak jatuh pesawat itu, Turki menggesa satu mesyuarat Nato diadakan bagi membincangkan insiden itu.
Setakat ini, Turki telah menerima sekitar 30,000 orang yang lari meninggalkan Syria, sejak kebangkitan rakyat awal tahun lalu,
No comments:
Post a Comment